Text.

Hidup mengikut arus yg membawa aku ke hulu ke hilir.

Hidup suka menyeksa.

Aku tinggalkan otak aku kali ni kat rumah. Ye aku keluar tanpa otak aku dan melepak di tepi tepi jalan bersama puisi jalanan. Melihat setiap sisi diri aku yg pernah hilang dulu, jadi aku tanyakan pada kawan aku. Entah apa ke gila sangat aku malam tadi untuk tanyakan soalan tu dekat dia "Kau rasa aku ok?"

Agak lama la dia nk bagi jawapan, lepas tu dia tanyakan aku balik soalan yg sama "Kau rasa kau ok". Beku jugak la otak aku waktu tu nak jawab balik. 2 jam dihabiskan bersama dia, banyak jawapan yg aku dapat. Jam 6 pagi aku pulang, aku lihat dan tatap diri aku dalam cermin. Pertanyakan soalan yg sama berulang kali "Mana kau yg dulu?" Aku yg dulu telah pergi terkubur, segala memori dan kenangan aku kuburkan bersama. Tiba masa, muncul aku yg baru. Baru dengan segalanya, seakan akan dilahirkan semula ke dunia. Diri yg telah mati kini kembali bersama dgn dendam dendam terkubur. Sifat sifat polos ditanamkan, sikap seorang si kejam dan prejudis dibawa bersama aku hari ini. Itu aku yg sekarang.

Maaf sang manusia, aku hidup bukan untuk orang lain. Aku hidup utk diri aku sendiri, aku pun nk hidup jugak. Tak boleh kau saje yg nk merasa rezeki Allah, nak tak nak aku kena jadi kurang ajar dan sangat sangat kurang ajar untuk hidup. Sebab aku tahu kalau aku terlampau beradab dgn orang, aku akan diinjak injak. Orang akan gunakan aku untuk melangkah setapak ke hadapan & tinggalkan aku di belakang.

Yg tak layak hidup di dunia patut disingkirkan sahaja, cuma manusia yg benar benar layak patut terus di dunia ini.

Baca dgn gunakan jiwa dan otak, bukan guna mata sahaja.

No comments:

Post a Comment